Tayangan Video Kemerdekaan 2019

19 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Bersempena dengan bulan kemerdekaan Malaysia 2019, Pusat Internet Malaysia PPR Beringin telah mengadakan aktiviti tayangan video kemerdekaan bagi menyemai rasa cinta dan menanam semangat yang waja dalam diri serta mengajar komuniti terutamanya kepada golongan kanak-kanak dan belia supaya mempertahankan negara dalam bentuk apa cara sekalipun. Selain itu juga, tayangan video ini juga turut membolehkan komuniti untuk lebih menghargai jasa-jasa pejuang terdahulu yang bermandi darah untuk membebaskan negara dari belenggu penjajah dan hasilnya dapat dilihat sekarang dimana kita hidup aman dan damai hasil usaha orang-orang terdahulu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali